Wednesday, February 27, 2013

BOIKOT!!Mampukah anda??

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah dah hampir setahun kami laki bini ni berjaya meng 'avoid' kan diri memasing dpd ngidam nak makan fast food.Tak kesahla McD or KFC or PIZZA.Kalau tak sebelum ni, asal dapt gaji je,msti dinner kat McD.Sbb kitorg mmg peminat tegar bubur ayam McD.memang wajib tiap2 bln.Takpon kalau travel mane2 cr drive tru n order bubur McD.Tapi sbg seorg muslim yg prihatin dgn ape yg terjadi kat umat Islam di Palastin, kitorg pon immediately memboikot produk Israel. Yelah, ape lg yg mampu kitorg buat sbg sokongan. Nak pergi berjuang n mati syahid kat sane mestilah tidak sama sekali. Walau tak mampu nak boikot kesemuanya,tp sekurang2nya ada usaha ke arah itu.Setidak-tidaknya kalau 'disoal' satu hari nanti inilah yg telah kami lakukan. yang membuatkan saya rasa terkilan, ada sahabat2 sy di FB yg fanatik dgn kesah di bumi Palestin ni smpai profile picture pon tukar pakai SAVE GHAZA. Memang bagus lah kan.Hari-hari duk post kat wall pasal kekejaman di sana. Tup tup upload gmbr lunch mkn McD meals, celebrate birthday anak kat KFC buat reunion kat PIZZA.Apelah kejadahnye.Ibarat kate pepatah "Berilmu Tapi Tak Beramal". Baiklah kite bersederhana sahaja. Betol tak? Pn Kechek pon rase bersyukur sgt sepanjang pregnen ni takde lagi sebut nak makan fast food.Hari-hari masak. Ketagih kalau tak makan nasik.hik hik hik.